Monday, July 26, 2010

Video Kem Solat 2

Pengerusi Surau.



Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar pengerusi surau yang begitu mulia hatinya dan menjadi tulang belakang surau. Sejak beliau menjadi pengerusi surau banyak perubahan yang yang beliau buat dan banyak program yang di anjurkan, surau bertambah meriah.

Sunday, July 25, 2010

Kuliah dan kelas agama


Ustaz Rosdee banyak memberi sumbangan ilmu, beliau mengajar pada setiap hari isnin malam selasa dan hari rabu malam khamis. Banyak kitab yang telah beliau ajarkan. Beliau adalah seorang peguam syarie kepada sesiapa ada masalah rumahtangga bolehlah berjumpa beliau.

Ini Pak Imam kita yang sentiasa menghidupkan surau tanpa beliau surau serupa tak ada seri. Pak Imam sedang mengajar Al-Quran. Kepada sesiapa yang ingin belajar mengaji Al-Quran bolehlah berjumpa beliau.


Gambar diatas adalah Ustaz Hafiz Noordin( Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia P.Pinang ) sedang memberikan ceramah sempena Israk Mi'rajh .


Ini saudara Ismanan pendakwah yang tidak jemu mengajak orang berdakwah, mengimarahkan surau dan berfikir di atas iman. Beliau selalu memberi taklim pada setiap malam selepas isyak.

Kem Solat 2




Gambar-gambar diatas menunjukan faci yang surau jemput dari sekolah agama padang lalang untuk turut serta menjayakan kem solat 2 ini. Didalam gambar ini juga kelihatan faci sedang tekun memberi tunjuk ajar kepada anak buah mereka didalam kumpulan masing-masing.


Inilah sebahagian peserta kem solat 2 yang terdiri daripada anak-anak penduduk islam desa wawasan.


Para peserta dan ibubapa sedang menunaikan sembahyang sunat dhuha. Inilah sebenarnya motif atau matlamat kita menganjurkan kem solat ini adalah untuk memamtapkan lagi amal-ibadat di dalam kehidupan anak-anak kita. Kita mengharapkan apa yang kita terapkan di dalam kem ini dapat kekal dan membentuk mereka menjadi insan yang bertaqwa apabila dewasa nanti. Inilah pelapis kita yang kita harapkan dimasa hadapan untuk memertabatkan agama, bangsa dan tanahair kita.


Ini dia pengerusi majlis kita saudara sanusi yang begitu bersemangat di dalam setiap majlis yang surau anjurkan atau apa pun majlis yang bermanfaat untuk masyarakat islam di flat desa wawasan.


Gambar kiri peserta lelaki sedang membuat persembahan di akhir program dan kanan kumpulan perempuan sedang menerima hadiah yang disampaikan oleh tetamu terhormat iaitu Datuk Zainol (Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Malaysia P.Pinang) yang juga banyak membantu dengan sunbangan beliau untuk menjayakan program ini( berbaju biru gelap bersongkok hitam).

Satu satunya muslimat kita yang begitu aktif dan menjadi tulang belakang program ini iaitu Kak Sal kita. Beliau juga menjadi juri pada program ini dan nampaknya sedang berbincang sesuatu dengan Mamu kita yang juga merupakan juri pada pada hari itu.


Ini dia tukang masak kita abang Mi, walaupun kita kata kerja tukang masak ni di belakang takbir dan jarang dapat publisiti namun ini satu kerja yang mulia dan pahala yang besar di akhirat nanti. Syabas Abang Mi.

Saturday, July 24, 2010

Batu Lintang





Percutian 2 hari 1 malam ahli jemaah surau di Batu Lintang Teluk Bayu. Ini adalah termasuk dalam program surau untuk menambahkan silaturahim diantara jemaah surau.

Kelas KAFA.



Beginilah keadaan dalam surau yang menempatkan dua kelas KAFA. Apabila ada sesuatu program yang di jalankan di dalam surau maka segala kerusi dan meja untuk kelas terpaksa di simpankan dulu. Selepas program selesai jika keesokan harinya ada kelas menjadi tugas ajk surau dan jemaah membersihkan surau dan menyusunkan balik kerusi meja untuk kelas KAFA.

Program Tilawah, Azan dan Hafazan. 2010

Saturday, July 03, 2010

Hari Intifal KAFA Flat Desa Wawasan

Thursday, June 03, 2010

Ibadah Korban 2008


Kiri Pengerusi surau Asmadi sedang menunjukan sesuatu kepada abang Harun masa ni masih hisap rokok lagi tapi sekarang tak hisap dah dan di kanan inilah Pak Ngah Ghani kita orang kuat flat desa wawasan dan juga sebagai penasihat surau apa-apa masalah orang akan cari Pak Ngah.



Kiri Pak Sham sedang potong daging, Pak Sham ni kalau tentang buat kerja tak payah suruh memang rajin.


Kiri baju merah saudara Basir timbalan pengerusi surau, juga merupakan orang penting dalam surau.

Wednesday, June 02, 2010

Ustaz Rosdee dan Ismanan

Gambar di sebelah kiri ini adalah Ustaz Rosdi Abdul Razak yang mengajar agama di Surau Desa Wawasan setiap malam isnin dan rabu. Ustaz Rosdi juga adalah penasihat syarie kepada surau. Gambar di sebelah kanan pula adalah saudara Ismanan pendakwah.

Sunday, May 30, 2010


Gambar sebelah kiri Abang I,berbaju pink yang banyak membantu surau dari segi kewangan. Pak Harun berbaju biru chef sedang berbual dengan Man. Sebelah kanan Mansor ( chot ) sedang merakamkan gambar.




Gambar sebelah kanan Pak Imam sedang mengajar Al-Quran. Inilah Pak Imam kita selain menjadi imam beliau juga mengajar Al-Quran.

Hari terbuka surau sempena menyambut hari raya aidil fitri




Tetamu yang hadir menjamu selera.

Program bakar lemang sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2008