KAFA Surau Desa Wawasan
.
SURAU DESA WAWASAN
Thursday, February 09, 2012
Monday, July 26, 2010
Sunday, July 25, 2010
Kuliah dan kelas agama
Ustaz Rosdee banyak memberi sumbangan ilmu, beliau mengajar pada setiap hari isnin malam selasa dan hari rabu malam khamis. Banyak kitab yang telah beliau ajarkan. Beliau adalah seorang peguam syarie kepada sesiapa ada masalah rumahtangga bolehlah berjumpa beliau.
Ini Pak Imam kita yang sentiasa menghidupkan surau tanpa beliau surau serupa tak ada seri. Pak Imam sedang mengajar Al-Quran. Kepada sesiapa yang ingin belajar mengaji Al-Quran bolehlah berjumpa beliau.
Gambar diatas adalah Ustaz Hafiz Noordin( Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia P.Pinang ) sedang memberikan ceramah sempena Israk Mi'rajh .
Ini saudara Ismanan pendakwah yang tidak jemu mengajak orang berdakwah, mengimarahkan surau dan berfikir di atas iman. Beliau selalu memberi taklim pada setiap malam selepas isyak.
Labels:
Kuliah dan kelas agama
Kem Solat 2
Gambar-gambar diatas menunjukan faci yang surau jemput dari sekolah agama padang lalang untuk turut serta menjayakan kem solat 2 ini. Didalam gambar ini juga kelihatan faci sedang tekun memberi tunjuk ajar kepada anak buah mereka didalam kumpulan masing-masing.
Inilah sebahagian peserta kem solat 2 yang terdiri daripada anak-anak penduduk islam desa wawasan.
Para peserta dan ibubapa sedang menunaikan sembahyang sunat dhuha. Inilah sebenarnya motif atau matlamat kita menganjurkan kem solat ini adalah untuk memamtapkan lagi amal-ibadat di dalam kehidupan anak-anak kita. Kita mengharapkan apa yang kita terapkan di dalam kem ini dapat kekal dan membentuk mereka menjadi insan yang bertaqwa apabila dewasa nanti. Inilah pelapis kita yang kita harapkan dimasa hadapan untuk memertabatkan agama, bangsa dan tanahair kita.
Ini dia pengerusi majlis kita saudara sanusi yang begitu bersemangat di dalam setiap majlis yang surau anjurkan atau apa pun majlis yang bermanfaat untuk masyarakat islam di flat desa wawasan.
Gambar kiri peserta lelaki sedang membuat persembahan di akhir program dan kanan kumpulan perempuan sedang menerima hadiah yang disampaikan oleh tetamu terhormat iaitu Datuk Zainol (Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Malaysia P.Pinang) yang juga banyak membantu dengan sunbangan beliau untuk menjayakan program ini( berbaju biru gelap bersongkok hitam).
Satu satunya muslimat kita yang begitu aktif dan menjadi tulang belakang program ini iaitu Kak Sal kita. Beliau juga menjadi juri pada program ini dan nampaknya sedang berbincang sesuatu dengan Mamu kita yang juga merupakan juri pada pada hari itu.
Ini dia tukang masak kita abang Mi, walaupun kita kata kerja tukang masak ni di belakang takbir dan jarang dapat publisiti namun ini satu kerja yang mulia dan pahala yang besar di akhirat nanti. Syabas Abang Mi.
Labels:
Kem Solat 2
Saturday, July 24, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)